Penerima Surat

Monday, November 14, 2011

Adakah Aku Layak

Adakah aku layak menghuni dunia ini? Hari-hari yang kutempuhi masih berbaur dengan dosa-dosa.
Adakah aku layak menghirup udara segar ini? Banyak masa yang kuhabiskan tanpa memikirkan suruhan-Mu.
Adakah aku layak menentukan nasib ku sendiri? Padahal Kau lah yang menguasai segala yang ada.
Adakah aku layak meletakkan dunia di tempat utama? Kerana aku lupa Kau lah yang menentukan segala.
Adakah aku layak memijak tanah? Padahal aku berasal dari tanah, lalu aku kini lebih hina lagi.
Adakah aku layak?

No comments: