Penerima Surat

Friday, July 20, 2012

Odisi Tanah Utara



Assalamualaikum

Odisi Tanah Utara: Segamat-Kl-Ipoh-Penang

Beberapa hari sebelum peperiksaan akhir sem 2 tamat, aku dan rakan sebilikku di Kolej Kediaman Tunku Bahiyah, Universiti Malaya, Hafiz Awan Nano dan penumpang tetap bilik Yazid Khan telah mengadakan  AGM untuk berkelana ke bumi utara Semenanjung Malaysia. 

Akhirnya cita-cita dan perancangan kami berjalan dengan jayanya walaupun hampir separuh perancangan asal punah dan bersepah tidak dapat dilaksanakan kerana sebab-sebab yang tidak dapat dilencongkan. Antara perancangan asal yang tinggal perancangan sahaja ialah menaiki Bukit Bendera di Pulau Pinang dan berjalan kaki di Queensbay dan berpeleseran di Padang Kota Lama. 

Berikut merupakan perincian pelan asal kami:



Siap dengan bajet lagi.


Tempat bermalam.
Tiada sebarang masalah mencari tempat bermalam sepanjang odisi tanah Utara ni. Malam pertama kami tidur di rumah Botak di Ipoh (kawan Hafiz). Malam kedua di rumah kawan Yazid juga di Ipoh. Malam berikutnya kami menjadi burung hantu menyaksikan perlawanan separuh akhir Itali vs German di Butterworth yang berkesudahan Itali 2 hasil jaringan Mario Balotelli dan German hanya berjaya menjaringkan hanya satu gol di masa kecederaan parah hasil sepakan penalti Mesut Ozil. 

Malam terakhir kami berumah di rumah rakan sebilik Lan Tiger di Kulim Hi-Tech Park, Kedah. 

Makan.
Alhamdulillah kami tidak kebuluran ketika pengembaraan ini. Kerana semua rumah yang kami singgah menyediakan makanan yang secukupnya. Kami hanya perlu membeli makanan tambahan semasa berjalan-jalan sahaja. Harga makanan di Ipoh pun berpatutan menepati citarasa kami.

Kenderaan
Kami menaiki bas ekspress. Tambang dari KL-Ipoh RM18, Ipoh-Penang RM19. Balik ke KL kami menumpang Muka(kawan Hafiz) yang kebetulan nak balik ke KL. Macam aku yang bermastautin di Segamat harga tiket bas Segamat-KL, RM16.70. Manakala semasa jalan-jalan di Ipoh kami menaiki kereta Muka(kwn Hafiz), di Penang kami menaiki kereta Lan Tiger. 

Antara gambar-gambar yang berjaya ditangkap:



Kellie Castle di Batu Gajah
Dari kiri: Yazid Khan, Hafiz Awan Nano, dan aku.



Di mandi manda di Pantai Balik Pulau. Time nilah Yazid Khan kena gigit obor-obor kat kaki.



Konklusi:
Akhirnya kami berjaya naik ke Utara yang seperti dirancangkan. Secara keseluruhan kos perjalanan ini termasuk kos perjalanan, makan dan minum ialah tidak sampai RM300 dalam masa lima hari. Lepas ini, 10 tahun lagi kami merancang ke Eropah pula. Insya-Allah.

No comments: