Senyap
Aku hanya senyap
mendiam diri
kerana tiada pahala
tiada kebaikan
beristiqamah
kulakukan.
Aku segan
dengan kerak-kerak dosa
baki-baki dosa semalam
belum diinsafi.
Selalu kurasai
aku dipenjara
dirantai dunia.
Ketenangan.
sukar dicicip
kekadang aku
iri pada diriku
yang silam.
semakin hari
semakin menggigil
kesejukan
Mana pakaianku bernama iman dan takwa?
Aku hanya senyap
mendiam diri
kerana tiada pahala
tiada kebaikan
beristiqamah
kulakukan.
Aku segan
dengan kerak-kerak dosa
baki-baki dosa semalam
belum diinsafi.
Selalu kurasai
aku dipenjara
dirantai dunia.
Ketenangan.
sukar dicicip
kekadang aku
iri pada diriku
yang silam.
semakin hari
semakin menggigil
kesejukan
Mana pakaianku bernama iman dan takwa?
No comments:
Post a Comment