Penerima Surat

Sunday, August 19, 2012

Rahsia Mengarang Sajak

Assalamualaikum dan salam 1 Syawal. Minal a'aidil wal faizin. Kullu amn wa antum bikhair. 

Saya bukanlah penyajak mapan bahkan hanya penyajak yang mengumpul sajak-sajak sendiri, untuk koleksi sendiri. 

Tiada rahsia sebenarnya, hanyalah panduan bagi mereka yang minat untuk menghasilkan sajak sahaja. Harap sedikit sebanyak panduan ini dapat membantu kalian bekarya dalam genre puisi moden. 


      1. Persediaan penting bagi seorang penulis puisi moden adalah pemikiran. Pemikiran yang boleh berfikir secara seni dari segi rohaniah dan kreatif dari segi lahiriah.

     2. Kemahiran dan berpengetahuan luas dalam penggunaan  perkataan-perkataan yang sesuai. Kosakata yang banyak dan unik.

     3.  Meletakkan Kobinasi antara perkataan yang konkrit dan bukan konkrit seperti ‘jalan keinsafan’. Digubah secara kreatif.

     4.  Kreatif mengolah ayat supaya menjadi ritma yang menarik didengar. Contohnya,

Berlalu angin khabar,
Menempuh benteng sabar.

Ritma di akhir ayat yang berulang menjadi satu kebiasaan penyajak mapan. Ia menambah kualiti sesuatu sajak.

     5. Tema juga adalah amat penting bagi menentukan gaya bahasa yang digunakan. Contohnya dalam tema keagamaan pemuisi gemar memakai perkataan-perkataan bahasa arab, juga tema teknologi lebih sesuai menggunakan istilah sains.

       6. Gaya persembahan sajak juga perlu kena pada tempatnya. Gaya sajak yang digemari masyarakat adalah mempunyai frasa yang ringkas, ada falsafah dalam sajak, tidak menggunakan bahasa yang kesat, dan ada nilai-nilai murni seperti impian, harapan, cita-cita, serta semangat. 

jj
Sekian, Wassalam.





No comments: