Penerima Surat

Saturday, November 17, 2012

Kudengar Rintihan

495, Jalan Teratai, 
Felda Redong 1,
Segamat.

17hb November 2012


Saudara, 


              Kehadapan saudara saya tercinta, saya tiada apa yang mahu dikongsikan bersama. Cuma, bacalah puisi ini. Saya karang untuk saudara. 



Kudengar Rintihan

Setiap kali peluhku luluh

membasahi urat-urat tubuh ini
ku mengeluh
aduh!
aku letih

Bila kumendapat rezeki

aku berkata
aduh!
cuma ini?

Sebagaimana yang aku ada

aku membanding
mengapa dia ada itu ini?
Aku?

dan bila aku jatuh,

Baru kusedar.

Mengapa aku tuli, bisu dan buta?

ramai mangsa sana terkorban
demi meneguh aqidah
seharusnya aku bersama mereka.

seharusnya aku syukur

seharusnya aku mencintai mereka
seharusnya aku membantu mereka.
mereka juga insan
seiman denganku.

Tuhan, kudengar rintihan mereka.

selamatkan mereka
selamatkan aku dari neraka.



Sekian, terima kasih.




Yang benar, 
Sebutir Pasir.

No comments: