Penerima Surat

Saturday, January 14, 2012

Pengajaran Semester 1.

Assalamualaikum.

Semalam 13 Januari 2012 secara rasminya berakhirlah kehidupan Semester 1 aku sebagai mahasiswa Universiti Malaya. Banyak kenangan pahit maung, manis dan kelat sepanjang semester lepas. Akhir-akhir ini, barulah aku tahu bagaimana kehidupan menuntut ilmu yang sebenarnya di universiti. Hampir sama sekali berbeza dengan gaya belajar di alam persekolahan dahulu. 

Perkara yang aku sedar:

1. Baik dan rapat dengan pensyarah adalah penting dan amat penting. 

2. Assignment amat-amat dititik beratkan dan jangan ambil mudah bab ni. 

3. Buat tutorial secara berbincang dalam kumpulan. Jangan buat sendiri-sendiri.

4. Study group sangat dan teramat berguna. Terutamanya, di musim peperiksaan. 

5. Belajar secara efektif dan efisyen. Merangkumi teknik, strategi dan metode-metode belajar. 

[Mind map, adequate notes, exam-based practical, spot question from lecturers]

Lepas ni kalau aku amalkan semua prinsip-prinsip di atas ni mesti aku cemerlang 4.0 flat, dean list sekali. Insya Allah. 


FROM                      TO                                     



Sem 2 tunggu aku. Aku dah ada rahsia di sebalik kepura-puraanmu wahai 'kecermerlangan'. Datanglah kepadaku. Haha...