Assalamualaikum
Prof 'measurement of construction works' saya akan bersara tidak lama lagi. Jadi, puisi ini saya buat khas untuk Prof Khairuddin Sulaiman. Selamat bersara prof K. You're rock!
Prof 'measurement of construction works' saya akan bersara tidak lama lagi. Jadi, puisi ini saya buat khas untuk Prof Khairuddin Sulaiman. Selamat bersara prof K. You're rock!
Kau Pergi
Tadi fajar
memancar cantik
Awan genit putih
suci berputik
di dada langit
pagi yang biru.
Bertemankan
isteri
kau duduk mencicip secawan kopi
Sambil mengimbau
masa lampau
Tika hari
pertama ke tempat kerja.
Masa muda-muda
dulu
tika rambut
masih tebal
janggut masih hitam.
Dan hari ini,
Memandu ke
tempat kerja
menuju usia persaraan
Ada ketawa, ada
sedih,
Ada gembira ada
pedih
Bercampur dalam
fikir.
Di studio aras
empat
Aku bertanya
mana pengganti
Seorang
professor berjiwa?
Bukan hanya
mengajar
bahkan mendengar
tegas memberi
sedar
Kata penyair:
Berkawan denganmu
Ialah berkawan dengan ilmu,
Dengan akal yang selalu di raut,
Renung yang selalu dikikir
Dan hujah yang selalu diasah.
Aku
berlari ke sana ke sini
Pada
dinding konkrit
Ditanyakan
ganti professor
Suaranya
yang hilang
Jasanya
yang dikenang
Batu,
pasir, besi dan simen
terus
kaku, beku, terpaku dan bisu
membiarkan
studio sepi ini terus sunyi
dengan pemergianmu.
Dibiarkan
studio ini sunyi
istimewa
untuk kenangan kita.
Kenangan
itu indah-indah
yang
mencetus kegembiraan,
Walaupun
kita bersama sementara.
Harun Al Rashid bin Muhani
Universiti Malaya
19 Mei 2012
1 comment:
hharun, suruh arthur baca puisi ni...
Post a Comment