Penerima Surat

Thursday, May 31, 2012

Bacalah Sendiri Ini Tak Berjudul

Entah apa yang memabukkan kita
mana yang rang tua panggil akan itu agama
yang junjungan sabda akan itu 'deen'
mana?mana?dimana-mana sama.

Mabuk.
Kerana apa kita merumputi akan kebebasan itu
seakan lembu yang meragut dengan kelaparan?
entah siapa yang mengikat tali pada hidung-hidung kita?
menarik dan menarik, kita mengikut dan menurut

aku bukan apa,
cuma kesal dalam hati ini sudah menjadi leteran panjang
aku sanggup tudingkan kedua puluh-dua puluh jari 
ke arah sana
ya sana, diluar sana ada anasir
saling bantu-membantu merencat tumbesaran kita yang beragama

di bandar dua masjid sana
ya sana
yang ada masjid besi dan masjid batu
ada hiburan di sana kita mengejar
serupa seperti lembu yang mengambala mencari padang ragut
kita melompat-lompat dijalanan
berfiesta berpeleseran
ini kontradiksi
yang baik kesian didiamkan tak dikibar-kibar malah dibatalkan
apa lagi ceramah UAI-Untuk Anda Islam
lagi nujum pak belalang 
yang konserto dari mana disorak gempitakan.
Sedih.
Tapi ini perancangan siapa?






No comments: