Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Hari ini aku
ingin menyampaikan yang tersirat dalam diri aku—status FB aku yang
bersirat-sirat belaka. Aku sering menaip aksara yang menggambarkan perasaan pada
papan kekunci komputer riba untuk dilampiaskan ke dalam Facebook. Kadang-kadang
idea atau pemikiran yang aku lontarkan pada Facebook adalah spontan belaka.
Pemikiran aku kadang-kadang exceptional. Ceh! |
Jika aku soroti
kebanyakkan status-status ini adakalanya tidak layak disiarkan dalam laman maya
Mark Zukenberg. Sepatutnya ianya dicetak, dibukukan untuk ditatap oleh generasi
sepemikiran seperti aku. (ini adalah kebejatan yang melampau jika
direalisasikan) —This is argument. Ready to be condemned.
Oleh kerana FB
telah secara otomatis bertukar kepada versi timeline, ianya malah memudahkan
kerja-kerja rujukanku. Semua status-statusku di pojok FB bisa dirujuk kembali.
Tujuan utama aku
membuat entri penerangan khusus untuk status-status FB sepanjang 10 hari
pertama 2013 adalah untuk memberitahu kalian semua tentang pemikiran dan ideologi
aku ketika status itu ditulis. Kadangkala ianya sekadar perasaan remeh temeh
dalam diri aku. Aku pun kadang-kadang menulis frasa-frasa puisi dan frasa-frasa
berbaur sastera dalam FB sekadar untuk berkongsi idea yang berharga. Memang aku
akui jiwa seni sasteraku tetap mengalir cumanya kurang lancar dan kurang memberangsangkan
dua tahun kebelakangan ini. Mengapa?
Aku silap
percaturan iaitu aku tidak menghargai apa yang aku ada sehingga the precious
thing I owned before hate me very much. —(ini adalah ayat tidak masuk akal).
Sebenarnya aku hanya dah lentur semangat hendak menulis. Faktor utamanya ialah
malas. That’s it. Lazy is truly ugly. It transformed me to ugly guy (noted that
ugly is subjective as well as beauty) . Maksudnya malas aku bukanlah seperti
yang kalian semua gambarkan iaitu terlantar di atas katil sambil melelapkan
mata dalam kostum pijamas berwarna silver. Tidak. Aku hanya pemalas yang sangat
subjektif.
Baiklah aku terus
ke status yang pertama.
1 Januari 2013
“Today is holiday. People
should recognize it's new year and celebrates this first morning in 2013 on
their bed.”
Ini adalah status pertama
aku dalam tahun 2013 pada hari Selasa yang hening dan senyap kerana cuti umum. Aku
tengok Lan dan Apiz(budak sebilik) sedang berkuak lentang di atas kamar beradu
dengan asyik. Seperti yang aku katakan tahun baru sepatutnya kita menyedari
hari ini adalah hari baru dalam tahun baru dan perlu berazam serba baru tetapi apa
yang berlaku adalah sebaliknya. Cuti umum kita mamfaatkan pula fungsi katil
dengan menikmati keempukannya. Tiada unsur perubahan pada perlakuan kita kearah
lebih baik dan berjaya. Itulah yang aku maksudkan dalam status 1 Januari ni.
2 Januari 2013
“Haiya alal falah. oppss
sebelum tu haiya alassolah dulu.”
Huh. Masa ni aku sedang
ulangkaji pelajaran. Maksudnya aku baca buku untuk exam? Sama-sekali adalah hayalan.
Aku memang liat nak ulangkaji(study dll) masa exam sem lepas. Macam dah hilang
semangat. Sukar hendak aku katakan aku tertekan sebab abah aku sakit gout. Namun
rasanya lebih kearah itu agaknya. Lepas balik rumah, mak cakap abah sakit gout
dah 3 hari tak boleh jalan laju-laju macam dulu. Pulak tu mak aku ada sakit
lutut dan kena jaga cucu beliau seramai 3 orang. Tidakkah aku perlu menumpah
rasa belas kasihan dan wajib risau pada kedua orang tua aku? Mestilah perlu
kan? Jadi status ni aku tulis tika rasa malas meresap dalam diri untuk
mengulang kaji pelajaran. Walaupun sesibuk mana kita study, kita kena tunaikan
tanggungjawab solat juga sebagai muslim yang mahukan kejayaan secara total.
3 Januari 2013
“Mampukah aku mengambil slip exam dengan tangan kanan?
69:25”
69:25”
Baiklah kalau kalian
hendak tahu surah ke 69, Surah Al Haqqah ayat ke 25 bermaksud:
“Dan adapun orang yang
kitabnya diberikan di tangan kirinya, maka dia berkata, “Alangkah baiknya jika
kitabku(ini) tidak diberikan kepadaku.”
Ayat ini menjadi sebahagian
ayat tadabbur(penghayatan) aku dan ahli usrah bersama murabbi kami di musim
study week. Kami berqiam mulail bersama kemudian berhalaqah dan mentadabbur
ayat al Quran selepas subuh. Memang asyik dan menyentuh qalbu—kemudian kami
meratah roti banjir dan menikmati teh tarik di Food Junction bersama. Mmm.
4 Januari 2013
“Tips cari zaujah...hehe
Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”
Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”
Ceh, salah guna ayat ni
sebenarnya. Cari zaujah konon. Huh. Walau bagaimanapun peringatan ini adalah
bagus untuk mencari sahabat sejati yang menjadi penasihat kita mencapai ridho
Ilahi. Memasuki jannah bersamanya lantaran ukhuwah di jalan Allah yang begitu
tegoh di dunia.
5 Januari 2013
“To motivate football fans
on examination, "Best student: Messi scored 90 in 2012. A+!!"
Hujung tahun 2012 peminat
bola sepak dimeriahkan dengan rekod yang dihasilkan oleh pemenang 4 kali Balon
D’or, Leonel Messi yang mencipta jaringan peribadi sebanyak 92 gol sepanjang
tahun lalu. Memang cool. Jadi aku kaitkanlah( masa tu pun tengah musim
peperiksaan) peminat bola ni dengan motivasi mudah untuk mencapai kejayaan
dalam pelajaran dengan mengambil kejayaan Messi sebagai key performance
indicator(KPI). Boleh je kan?
6 Januari 2013
“Perkara yang
menggembirakan orang yang puasa adalah sewaktu berbuka, perkara yang
menggembirakan bagi seorang mukmin adalah sewaktu di syurga.”
Status ini adalah sekadar
renungan untuk kita. Dunia ini adalah ibarat penjara bagi mukmin. Adalah waktu
siang bagi mukmin yang berpuasa. Apabila tiba malam penjara pun terbuka, maka
bergembiralah si banduan dengan makanan yang terhidang di hadapannya. Begitulah
juga kehidupan ini. Jika kita memenjarakan diri daripada perbuatan yang
dilarangNya dan mematuhi arahanNya maka bersuka-rialah kita di syurga Allah
nanti yang mengalir di bawahnya sungai.
Aduh, betapa bebasnya aku
hari ini.
7 Januari 2013
"I was alive when students faced final exam in their
study."
I hope one day in the future, I will tell like that to my grandchildren.
I hope one day in the future, I will tell like that to my grandchildren.
This is definitely troublesome.
I failed because I believed on this-my own ridiculous quote. Memang tak masuk
akal. Peperiksaan memang penting tetapi sampai masa anak cucu aku nanti pun aku
rasa peperiksaan masih wujud hingga ke zaman tersebut. Dan disebabkan keyakinan
itu, keputusan sem lepas aku jatuh merudum. Memang merepek ayat-ayat yang aku
reka sendiri ni. Apapun tak boleh dipercayai. Nak berjaya banyak cara tetapi
nak gagal satu cara yang lain. Iaitu putus asa sebelum berusaha.
8 Januari 2013
“Macam mana nak buat ilmu
kita berkembang ya? Sudahlah perbezaan pendapat dianggap bencana, perosak
masyarakat, lepas itu dimomokkan dengan kesesatan orang yang menimba ilmu
dengan lebih serius. This is disaster.”
Mengiku apa yang aku
faham melalui pembacaan dan penerangan daripada ikhwah-ikhwah yang terlatih
lagi berkaliber di daurah-daurah dan seangkatan dengannya, dunia Islam masakini
telah terpecah kepada 3 kumpulan utama. Pertama, ahli sunnah wal jamaah yang
diterima iktiqat dan fikrah mereka(pegangan dan ideologi). Kedua, Puak Salafi
Wahabi, iaitu puak yang konservatif pada fikrah mereka dan begitu jumud dengan
ajaran Islam sehingga mereka menjadi ektremis. Ketiga, Puak Syiah yang jauh
tersimpang aqidah mereka.
Ketiga-tiga golongan ini
hanya ahli sunnah wal jamaah yang boleh diterima pakai dalam kehidupan kerana
masih beraqidah yang tulen seperti ajaran Islam disampaikan oleh Rasulullah
s.a.w. Namun ada juga dalam kalangan mereka yang mengaku ahli sunnah begitu
jumud dengan dinamika ilmu dengan melarang orang berdebat soal agama, dan
menekan keras soal furuk(cabang) dan khilaf (perbezaan pendapat antara mazhab).
Pemikiran jumud ini akan menyebabkan kita sukar untuk mengembalikan
kegemilangan ilmu seperti di zaman para sahabat, tabiin dan tabi’ tabiin. Maka
ilmu itu menjadi terperap dan tidak berkembang kerana kejumudan kita yang sukar
menerima perbezaan pendapat.
9 Januari 2013
“If you play chess, you
loss a queen & another still around, but your opponent still has it. the
percentage you to win the game is 99%. So, fail the exam first as the first
step to achieve the biggest success later.”
Maksudnya di sini adalah
strategi kita untuk berjaya. Mungkin tidak semestinya kita perlu gagal dalam
peperiksaan untuk lebih berjaya pada masa akan datang. Mungkin perlu juga?
Namun itu semua bergantung pada strategi kita. Ada yang sekadar menciplak strategi
orang lain yang sudah ternyata terbukti sudah berjaya. Dan itu juga sebahagian
daripada strategi. So, plan well and implement well.
10 Januari 2013
“I am living in an alien
field.”
Aku tinggal dalam dunia
makhluk asing. Memang. Mengapa aku berfikir sebegini? Sebabnya aku berhadapan
dengan sistem pelajaran yang begitu tidak mesra pelajar. Aku dipaksa menghadap
peperiksaan di akhir sem yang semput. Di akhir sem juga kami diperah dan
dikerah untuk menyiapkan assignments yang bertubi. Inilah dunia makhluk asing
yang aku mengerti. Sungguh aneh dan leceh.
Seharusnya kerja kursus
yang banyak itu dinilai secara 50% dalam pengiraan pointer agar peperiksaan
tidak terlalu membebankan. Huh.—this is argument. Ready to be condemned.
Konklusi
Memang sepuluh hari dalam
FB memang pantas. Aku dan FB hampir saban hari bertemu dan ibarat candu. Sepuluh hari pertama status FB aku diawal tahun 2013, sudah dijelaskan. Maka memang
inilah aku. Mungkin ada perkara yang tidak boleh aku kembangkan dengan lebih milimeter lagi kerana batas ruang dan waktu serta hal-hal peribadi
seeloknya di dirahsiakan. Aku lebih senang berahsia daripada membongkar rahsia.
Salam.
No comments:
Post a Comment