Penerima Surat

Pengalaman Kelmarin

Pengalaman Penulisan Kreatif

Saya sememangnya berminat dalam dunia penulisan kreatif. Sejak dari sekolah rendah lagi saya minat membaca cerpen, sajak, dan novel kanak-kanak. Pada tahun 2008, ketika di tingkatan empat saya berpeluang memasuki pertandingan menulis cerpen peringkat sekolah anjuran pusat sumber sekolah.

Cerpen saya bertajuk Tiada lagi bujukan rindu telah mendapat tempat kedua. Saya bersyukur , walaupun tidak mendapat tempat pertama kerana itulah kali pertama saya memasuki pertandingan menulis cerpen.

Dan itulah permulaan saya dalam dunia penulisan kreatif.



Pengalaman menulis
Pencapaian
Judul Karya
Menyertai pertandingan menulis cerpen peringkat sekolah. Anjuran pusat sumber 2008.
Tempat ke 2.
Tiada Lagi Bujukan Rindu
Menyertai perkampungan penulis muda anjuran DBP wilayah selatan 2009.
Terpilih ke peringkat kebangsaan. Tetapi terpaksa tarik diri kerana SPM.
Berjudul Belot kemudiannya ditukar oleh penyusun kepada Khianat.
Menghantar cerpen ke Majalah Dewan Siswa-2010
Tersiar pada November 2010
Di Sana Ada Madrasah

Tersiar di Majalah Dewan Siswa saat diri ini telah meninggalkan
alam persekolahan

Menyertai Perkampungan Penulis Muda dan terpaksa melupakan
untuk ke peringkat kebangsaan kerana persediaan menghadapi SPM
lebih penting.


2 comments:

Radhi Azli Ali said...

goo goo hebat

Sebutir Pasir said...

yelah...terima kasih...masing2 Allah kurniakan kelebihan tersendiri..terserah pd kita, nak guna ke tak....yg penting kita bersyukur...