Jom Main Teng-teng.
Assalamulaikum...Apa khabar semua?
Dah lama tak main teng-teng. Seingat saya sejak umur 9-10 tahun saya terus meninggalkan permainan tradisional ni. Ya, dulu masa kecil saya sering berfikir permainan ini hanya untuk budak-budak. Dan pada masa itu saya berfikir saya akan meningggalkan permainan ini secepat mungkin kerana umur saya semakin meningkat remaja. Dan kelihatan tidak matang.
Namun, apabila umur sebegini (rahsia) saya semakin tertarik dengan permainan ni. Rasa macam nak kembali kezaman silam. Tapi masa itu dah lama berlalu. Jadi di sini saya ingin kongsikan pengalaman saya bermain teng-teng satu ketika dahulu.
Alat-alat yang diperlukan.
Gundu- apa sahaja objek kecil seperti batu, paku, dsb.
Langkah pertama.
-lukiskan kotak-kotak pada tanah. seperti dibawah.
-Kemudian undian dibuat untuk menentukan giliran..kami guna cara 'osom' atau 'lat talilat laili tamlung'...hehe...
-pemain boleh terdiri dari(biasanya) 2 hingga 5 orang untuk permainan yang menyeronokkan.
Teng-teng jenis Kapal terbang -kotak no.8 mengandungi malam dan siang- |
langkah seterusnya
Kotak dilukis biasanya dalam saiz 1ft x 1ft.
Malam atau siang.
dalam permainan ini ada satu tahap pemain perlu lalui satu level yang mendebarkan(pusingan bonus). Pemain oerlu membaling gundu tanpa melihat/ tutup mata.
Kemudian lihat gundu berada di bahagia malam atau siang.
Kalau siang pemain boleh melihat ketika mengambil gundu pada kotak tersebut(akhir) dan begitulah sebaliknya.
Dan ingat permainan ini hanya menggunakan satu kaki sahaja.. sebab itulah dinamakan teng-teng...Secara asasnya cara permainan ini untuk membaling gundu dan mengambilnya semula ...
Sekian, Selamat mencuba...wassalam..
.....................................................................................
Cara susun buku kadang -kadang pelik.
1 comment:
serius ada orang susun buku macam gitu?
Post a Comment