Rimbunan Kasih
Sukar sekali aku berdiri
istiqamah dalam melaksanakan
tuntutan agama
aku sering lalai serta leka
membiarkan diri
ditiup udara tercemar
yang mencambahkan
benih dosa dalam diri
begitu getir cabaran
hidup ini
harus berulang kali aku
fikir bagaimana aku bisa melawan
tiupan ini
Ya Allah,
disisiMu jua pengampunan ku pinta
agar berulang kali ku doa
dimakbulkan
taubat sebelum maut
rahmat semasa hayat
pengampunan selepas mati.
Aku cuma ingin menumpang teduh di bawah rimbunan kasihMu.
Universiti Malaya
25 Rejab 1433
Sukar sekali aku berdiri
istiqamah dalam melaksanakan
tuntutan agama
aku sering lalai serta leka
membiarkan diri
ditiup udara tercemar
yang mencambahkan
benih dosa dalam diri
begitu getir cabaran
hidup ini
harus berulang kali aku
fikir bagaimana aku bisa melawan
tiupan ini
Ya Allah,
disisiMu jua pengampunan ku pinta
agar berulang kali ku doa
dimakbulkan
taubat sebelum maut
rahmat semasa hayat
pengampunan selepas mati.
Aku cuma ingin menumpang teduh di bawah rimbunan kasihMu.
Universiti Malaya
25 Rejab 1433
2 comments:
=], tajuk yang menarik dan islamik...
terima kasih...kalau boleh gnakn nama anda ya...
Post a Comment