Penerima Surat

Wednesday, April 21, 2010

Bersama Rakan...

3 April 2010
Aku menerima panggilan telefon. Dan aku sedar, Ahmad Rifae(spm08) yang menelefon. Rupa-rupanya pada hari itu mereupakan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-19. Aku pun mengucapkan selamat hari lahir kepadanya. Aku bertanya khabarnya. Berkaitan pembedahan kakinya, dan kimoterapi yang dihadapinya. (Kanser tulang)

Simpati
Aku berasa simpati terhadapnya. Dia bercita-cita ingin melanjutkan pelajaran ke universiti. Dan dia memaklumkan kepadaku bahawa eerapa hari yang lepas dia telah memohon untuk memasuki UiTM. Aku berharap aku dan dia dapat memasuki IPTA walupun bukan dalam satu U yang sama.

Jenaka
Aku berjenaka bahawa dia sekarang seorang bionik. Menurutnya tulang daripada separuh paha hingga ke buku lalinya telah ditukar kepada keluli tahan karat.(kaki kiri). Dan aku terkejut bahawa kos pemedahannya menjangkau 40 ribu ringgit. Namun katanya dia beruntung kerana mendapat bantuan Baitulmal. Sebahagian kecil sahaja kos ditanggungnya. Aku kagum melihat kecekalannya.

Kagum
Kecekalan hati Ahmad Rifae Md. Nasir memang patut kita contohi. Walaupun dia sekarang berada dalam situasi OKU tetapi semangatnya mengalahkan aku. Aku juga beruntung mempunyai rakan sepertinya.

2 comments:

Helmy said...

semoga rifa'e sentiase tabah.
harun,kem salam aku kat beliau..

Sebutir Pasir said...

insya Allah.