Penerima Surat

Tuesday, April 20, 2010

Tahun Itu Sudah Berlalu...

23-27 Julai 2006
Seminggu sebelum itu aku dipanggil us. Salim Abu Taib selepas tamat perhimpunan pagi.Dia memberitahuku bahawa aku terpilih ke Wilderness Adventure Program di Langkawi. Aku gembira. Selain aku, Fadzilah Baijan, Jalilah Nor Hisyam dan Razin Rosli turut serta.

Langkawi-advencer bermula.
Dari Jeti Kuala Perlis kami menaiki feri laju selama 2 jam menuju Langkawi. Jangkaanku meleset. Kami tidak tiba di Jeti Kuah, tetapi kami berlabuh di Jeti Pulau Tuba, pulau berhampiran Langkawi. Kami menaiki sebuah lori kecil ke kem. Rasa pengalamannya. Pemandunya membawa dengan sangat laju nauzubillah.

5 hari tidak mandi
Ya, memang kami tidak dibenarkan mandi ketika di kem. Namun dalam hari ke -3 kami dibenarkan mandi di sebatang anak sungai yang mengalir tidak jauh dari kem kami. Fuh, lega rasanya. Di situ kami berkayak, junggle trakking, flying fox di atas kapal dan experience yang tak terfikir olehku. Kami juga memasak dengan air yang dibekalkan seadanya. Kami mengambil wuduk dengan hanya air secawan sahaja.

Kenangan manis
Aku dan 17 ahli dalam ahli kem, iaitu kumpulan Rigel hanya tidur dalam sebuah khemah jenis A tanpa penutup di sisinya. Dalam kem itu aku dipertemukan dengan Wei Zhung remaja Tiong Hua dari Kuching, Sarawak. Aku masih ingat sepotong ayatnya, berbunyi tai ka ching yang katanya bermakna habiskan sampai bersih. Ayat ini menjadi bahan jenaka bagi kami remaja melayu kerana bunyinya lain dalam bahasa Melayu. Dia juga pernah berjanji untuk datang ke Segamat untuk berjumpa denganku tatkala dia melihat kerajinku membasuh pinggan.

Bersambung...



No comments: