Alhamdulillah cerpen ana yang bertajuk Di Sana Ada Madrasah dah dikeluarkan di majalah Dewan Siswa edisi November 2010. Ana dah tunggu berbulan-bulan nak tengok cerpen ini diterbitkan dalam majalah DS. Kalau tidak silap, ana hantar karya ni pada bulan tiga atau empat tahun ni jugak. Ana fikir cerpen ana tak akan dipilih. Sebenarnye cerpen ni bukan first time ana hantar. Sebelum ni mungkin cerpen yang terdahulu berjudul Tiada Lagi Bujukan Rindu tidak terpilih. Kecewa jugak mase tu. Tapi sekarang ana excited giler cerpen ana yang kali kedua ana hantar, ade dalam DS.
Ana ucapkan ribuan terima kasih kepada editor Dewan Siswa kerana memilih cerpen ana untuk dipublishkan. Tidak ketinggalan Dr. Mawar Shafie yang banyak memberi komen dan pujian pada cerpen tu. Tak sangka pulak diberi pujian. Ana baru bertatih dalam dunia penulisan kreatif sebenarnya.
2 comments:
Salam harun...
Selamat berkarya! Semoga bidang penulisan mampu menjadi wasilah dakwah sejagat. Nak kena beli DS. Dah lama tak baca..maklumlah "bawah" umur..:D
syukran ....uszh....sperti yg saya britahu....saya baru dalam 'dunia' ni...mungkin boleh belikan utk anak2 uszh....
Post a Comment