Penerima Surat

Monday, October 22, 2012

Warkah Cinta

Lingkungan Budi, Universiti Malaya,
50603, Kuala Lumpur.

22hb Oktober 2012




Saudara,
     Kehadapan saudaraku di Palestin, Syria, dan segenap dunia, moga kalian dalam keadaan tabah dan sabar. Warkah kali ini ingin saya sampaikan kepada saudara agar perhubungan kita kekal tenteram dan bertambah ukhuwah sillaturrahim. 

     Saudaraku di Palestin, Syria, Iraq, Afghanistan, Rohingya, Bosnia, Kashmir, Uighur, Pattani, dan Mindanao. Kalian tetaplah sabar dan tabah menghadapi dugaan ini. Ada beberapa episod lalu seperti Suku Pribumi Amerika Cherokee dan Afrika Barat yang menjadi mangsa kekejaman beberapa keparat Barat yang teruk. Jika dihimpunkan kisah-kisah pedih ini kita dapati kita rupanya menjadi mangsa semua pemangsa seperti gula yang dihurungi semut-semut. 

     Saya bertambah meluat dengan tipu helah yang semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini. Mereka orientalis telah memutarbelitkan sejarah dunia. Mereka merasa bangga menawan seluruh dunia dengan lipatan sejarah tiruan.  Sebernarnya mereka cuba menipu kita. Lihat sahaja silibus matapelajaran sejarah di dalam pendidikan negara saya. Mereka cuba melupakan sumbangan-sumbangan penting Tamadun Islam dalam peradaban dunia. Lihatlah mereka mengagungkan Michel Angelo, Leonardo da Vinci dan Christopher Columbus yang mengasas era Renaissance serta picisan-picisan pejajah Eropah. Yang sedihnya, mereka menganggap sejarah Islam adalah termasuk dalam pendidikan agama sahaja, dan tidak termasuk dalam sejarah dunia. Penipuan global apakah ini?

     Kita sudah lama ditindas dan diterajang. Tetapi muslihat musuh Islam itu sangat licik. Ada lagi sarjana-sarjana Islam masa kini yang masih kabur dalam tipu helah ini. Mengapa ini semua berlaku?

Saudara,
     Suatu masa dahulu Islam telah menguasai dua per tiga dunia. Di Andalusia hinggalah ke Timur Jauh, kita adalah penguasanya. Namun atas kesedaran yang semakin menyusut dalam diri kita, semakin lama semakin kita seperti kayu yang mereput diratah anai-anai. Pendek kata umpama kita kembali dagang. 

     Semoga suatu hari nanti kita kembali bersatu dalam naungan Daulah Islamiyah. Penindasan hari ini seharusnya kita hadapi bersama. Sabarlah saudaraku. 

Sekian, terima kasih. 





Yang Benar,
HARUN AL RASHID MUHANI



No comments: