Penerima Surat

Monday, April 26, 2010

Cinta Monyet


Bukan Kerana Cinta

“Kenapa masam saja sejak pagi tadi?”
            “Kau nak tahu kah?”
            “Sudah tentu, sebab itu aku tanya kau.”
            “Apakah kau boleh bantu aku?”
            “Aku akan cuba. Aku kan kawan kau.”
            “Sanggup kau dengar apa yang akan kuceritakan sebentar nanti?”
            “Cuba ceritakan padaku. Apa sebenarnya masalah kau?”Sarah merenung anak mata Marlini. Masih mananti mulut rakannya itu terbuka untuk memulakan kisah seterusnya. Dia berharap kehadirannya, sedikit sebanyak mengurangkan masalah yang dialami Marlini.
            Sarah dan Marlini berkawan rapat. Mereka saling berkongsi masalah antara satu sama lain. Di dalam sekolah mereka sudah terkenal sebagai rakan yang akrab. Prolog kisah persahabatan mereka dimulai dengan pengtengkaran.
            Suatu masa Marlini menjadi teman kepada seorang pelajar lelaki Tingkatan Lima. Dalam masa yang sama pelajar lelaki itu juga meminati Sarah. Pelajar lelaki berlagak macho itu terus rapat dengan Sarah. Serta berlagak seperti pasangan kekasih. Mereka pernah menonton filem Semerah Cinta Stelletto di pawagam.  Dan satu ketika, akhirnya permainan kayu tiga pelajar lelaki kacak yang duduk dalam ranking tercorot setiap kali keputusan peperiksaan itu terbongkar juga.
            “Aku rasa tiada gunanya kita bergaduh?”Marlini akhirnya mempelawa Sarah memeterai perjanjian damai setelah mereka letih bertengkar merebut kekasih. Pada suatu ketika dahulu.
            “Hei, kenapa pula! Kau yang rebut pakwe aku!”Sarah meninggi suara kononnya menegakkan hak.
            “Sudahlah, baik kita surrender saja. Lebih baik kita berdamai sahaja. Bukankah itu lebih efisen dan bijaksana? Sesuai dengan kredibiliti kita sebagai pelajar tingkatan empat yang duduk di kelas pertama.”
            “Betul cakap kau tu. Kita sudahlah pandai, nak merebut pakwe bodoh pula.”ujar Sarah membenarkan cadangan Marlini.
            “Sudahlah tu, mari kita ke kantin. Aku belanja kau minum.”pelawa Marlini dan mereka berjalan ke kantin sekolah sambil termengah-mengah akibat bergelut sakan.
            Sejak hari itu, mereka menjadi rakan karib yang sampai ke tahap berkongsi baju, berkongsi rahsia, berkongsi makan, minum, fanatik kelab Manchester United, sama-sama meminati Wonder Girls, dan berkongsi wang untuk shopping. Tetapi tidaklah berkongsi kekasih. Masing-masing single setelah bersahabat.
            “Baiklah apa sebenarnya masalah kau?”Sarah mengulang soalan yang sama. Masih menanti Marlini memberitahu segalanya.
            “Lihat ni.”Marlini menunjukkan telefon bimbit nokia N82 made in Chinanya kepada Sarah. Tertera gambar sepasang kekasih pada skrin.
            “O…ni gambar aku dan Boboy masa tengok filem Semerah Cinta Stelletto dahulu. Ala…ni perkara sudah lepaslah…”Sarah cuba memujuk.
            “Aku benci kau!”
            “Hal inikah sebabnya kau bermurung durja?”Sarah terkejut sambil terlongo.
            “Memang. Fasal nilah. Boboy dengan kau tengok filem Semerah Cinta Stelletto, aku pula dengan Boboy tengok filem Adnan Sempit. Aku tak suka Sam Saheizy! Aku suka Farid Kamil!!!” Jerit Marlini menggegar kelas.
            “Hah, fasal ini sahajakah?”Sarah tercengang besar seraya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Marlini mula menyinsing lengan.
           

No comments: