Penerima Surat

Saturday, April 24, 2010

Makan-makan

Semalam semasa aku sedang menggoreng kentang, sekonyong-konyong kenangan silam menerpa urat saraf memoriku. Aku cuba melayani kenangan itu yang kadang kala sahaja berkunjung. Bukan apa lebih kurang pada tahun lepaslah aku terlibat dalam bidang perniagaan. Kalau tidak silap aku, aku menjual jagung rebus pada hari sukan tahun lepas bagi mewakili Biro Surau. Aku juga berniaga bersama-sama rakan semasa hari koperasi. Kami kongsi modal. Untung? takdelah. Aku hulur modal RM 50, tetapi pulangnya pada aku RM 50 juga. 
    Tetapi berniaga untuk surau itu aku khaskan untuk surau sahaja hasilnya. Aku juga menjual buah-buahan seperti jambu batu. Sebagai orang baru dalam perniagaan, tiada langsung asas dalam niaga, aku lakukan sahaja apa yang terlintas dalam benakku untuk diniagakan. Aku juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pembantu aku tahun lepas, sdr. Syahmi Hazim yang banyak membantu aku dalam berniaga untuk surau tahun lepas. Hmm...apa perkembangan terbaru KP 2010 ni..?Okay...memang perit dengan tenaga yang dikerah, namun pulangannya tak seberapa. Tetapi kami puas kerana dapat membantu surau dan melakukan sunah iaitu berniaga. 
    Sekarang ni sesiapa yang nak ajak aku berniaga, akan ku fikirkan tawaran itu. Aku sangat pentingkan pengalaman daripada keuntungan. Tetapi kalau untung satu kelebihan. Aku lebih suka berniaga dalam konsep gerai yang lebih mesra pelanggan. Sesiapa nak pelawa aku berniaga, tanganku sentiasa terbuka...

3 comments:

pyahnakmat said...

kau memg sesuai dlm bidng penulisan .. gud lux , maju lagi selgkah

pyahnakmat said...

bagus2 , kau memang talent dlm penulisan , maju lagi setapak , gud lux ..

Sebutir Pasir said...

thanx leave the comments...