Penerima Surat

Sunday, June 13, 2010

Apa Khabar Semua

Salam semua...Moga kita sihat dan sentiasa dirahmati Allah...Insya Allah. Semalam ana ke kuliah Lukisan Seni Bina. Sebenarnya ana tidak mengambil subjek Kejuruteraan Lukisan semasa di sekolah dahulu. Jadi bidang ini agak janggal dengan ana. Ya, ana ada kuliah pada hari Sabtu. Hmm...orang lain berseronok berweekend ana pula bergembira dengan drawing. 
Kemudian pada hari ini ana cadang hendak ke library dihadapan Perdana Siswa. Nak cari satu buku yang harap-harap mampu menolong ana menyiapkan tutorial Kajian Alam Sekitar. Buku ni dah tak ada lagi dijual di Pekan Buku. Jadi ana tak bolehlah mendapatkannya. Dan kata lecturer KAS ana, beliaui nak menempah buku terseut. Kalau nak tahu inilah subjek yang masih blur bagi ana. Harap diberi kefahaman oleh Allah. Kemudian malam tadi abang ana menelefon ana. Dia mahu datang jumpai ana. Orang datang kenalah sambut. Betul tak?

No comments: