Penerima Surat

Saturday, October 2, 2010

FEAR FACTORS AMONG MALAYSIANS

Alhamdulillah....selama hampir 53 tahun kemerdekaan negara, kita mampu berdikari, membina kekuatan dan kekayaan. Rata-rata pemikiran rakyat Malaysia kini sudah banyak berubah. Oleh kerana perubahan pemikiran, pelbagai agenda dapat dijalankan. 

Lihat sahaja wawasan 2020. Lihat sistem pendidikan negara. Disegani dan dikagumi negara-negara jiran dan negara-negara maju. Peminpin Singapura pernah menyatakan kekesalannya kerana tidak mendahului Malaysia dalam penganjuran perlumbaan kereta Formula Satu. Begitu juga, Amerika Syarikat yang mengkagumi Malaysia dalam menangani kegawatan ekonomi akhir 90-an.

Amerika megikut gaya Malaysia dalam menyelamatkan syarikat multinasional mereka. Sehingga ada yang menggelar General Motors sebagai Government Motors....

Di sini saya secara peribadi ingin menyatakan masalah dalaman rakyat Malaysia pula. Rakyat Malaysia terlalu penegecut dan takut dalam melaburkan tenaga dan usaha.
Buktinya.

1. Sampah yang dibuang merata-rata tempat. Seolah-olah dunia ini seperti tong sampah besar bagi mereka.

2. Sehingga kini tiada lagi kaedah maju secara besar-besaran dalam pelupusan sisa pepejal.
Kitar semula tiada sambutan. Mesin insenerator masih dalam kajian. kerana kos yang tinggi sedangkan kos melupuskan sistem pepejal di kawasan peplupusan sampah semakin meningkat. Tambahan pula statistik menunjukkan 30 000 tan sampah yang diuang sehari menjelang 2020.

3. Lori sampah yang buruk dan kotor. Lori sampah sepatutnya tidak seperti sampah. Kerana lori sampah itu melalui taman2 perumahan dan kawasan bandar. Hal ini adalah menjijikan apabila melihat sampah bergerak di tengah- tengah bandar. Bayangkan jika lori sampah itu berhenti dihadapan kereta kita ketika lampu merah.

4. Takut akan sampah.. Trauma dengan sampah. Maksud saya , rakyat Malaysia takut membawa sampah seperti bekas minuman yang kosong kehulu kehilir untuk mencari tong sampah. Mereka sanggup mencemarkan kawasan dengan membuang sampah kelongkang kerana takut digelar 'poyo dan skema' apabila membuang sampah di tong sampah. Perkara ini telah bermula sejak dibangku sekolah lagi hinggalah keanak cucu.

Ketakutan dikalangan rakyat Malaysia semakin parah. Statistik 2005, top 4 sungai paling tercemar di Malaysia..Sungai tersebut adalah Sungai Menggaris di Sabah, Sungai Jelutong di Pulau Pinang serta Sungai Buluh dan Sungai Tukang Batu di Johor. Mulai hari ini berani-beranikanlah diri kita membuang sampah ke dalam tong sampah. 

No comments: