Assalamualikum
Baru-baru ini kerajaan telah bertindak untuk melabur sebanyak RM 500 juta bagi memajukan sektor modal insan. Pelaburan ini akan disuntik ke dalam dana pembangunan kemahiran untuk meningkatkan kualiti tenaga kerja kita. Lihat di sini.
Jadi apa tujuannya kerajaan memperuntukan wang yang begitu banyak pada modal insan ni?
Bagi memperjelas situasi ini, saya akan gunakan kaedah ekonomi.
KDNK= jam aggregat x produktiviti pekerja
ruj:
KDNK=Keluaran Dalam Negara Kasar...kira macam income negara gak. Makin tinggi KDNK makin tinggi income negara, makin baik ekonomi negara.
Jam aggregat=Jumlah jam waktu bekerja oleh pekerja full atau part timer dalam setahun.
Produktiviti pekerja= Kuantiti KDNK dihasilkan dalam masa sejam.
Melalui formula diatas kita boleh mengagak jika salah satu, sama ada produktiviti pekerja atau jam aggregat ditingkatkan maka KDNK juga meningkat. Sapa tak tahu simple math kan...
So, kerajaan sekarang nak tingkatkan produktivi pekerja melalui pelaburan dalam modal insan. Sebab apa? Sebab nak tingkatkan EKONOMI NEGARA!!!!
Sekian, Wassalam.
No comments:
Post a Comment