Penerima Surat

Monday, June 6, 2011

Terjaga dari Tidur

Assalamualaikum.

Alhamdulillah setelah lama tidak berinteraksi di dunia blog ni, akhirnya ada juga kesempatan melaksanakan tugas macam dulu2.

Aha!...Baru2 ni saya dapat panggilan telefon. Mak ai terkejut. sebab yang telefon tu seorang perempuan.

Begini menurut penelefon tu saya terpilih untuk menyertai Minggu Penulis Remaja(MPR) . MPR ni kalau anda nak tau penulis2 hebat Malaysia biasanya pernah ikut program ni contohnya Dr Faisal Tehrani.

Beliau kata nama saya telah dihantar oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menyertai minggu ni.

Sungguh terkejut saya. Saya bukanlah sesiapa pun. Macam mane pulak orang DBP boleh tau.

Namun saya terpaksa menolak tawaran tersebut dengan sopan kerana ada beberapa perkara yang tidak boleh dielakkan.



Walaupun tak ikut MPR, Insya Allah , saya akan kembali menulis dan berkarya.

No comments: