Penerima Surat

Sunday, June 19, 2011

Seperti Yang Saya Kenali Ahmad Rifae

Assalamualaikum.

Kepada Allah kita datang kepada Allah jua kita kembali. Tiada apa2 yang boleh dikatakan lagi jika ditakdirkan oleh Allah s.w.t nyawa hambaNya dicabut. 

Kira2 bulan Mac lalu saya sempat melawat allahyarham ahmad Rifae md Nasir di hospital segamat. Saya beli tiket bas perjalanan KL- Segamat pada hari jumaat dan pulang semula ke KL pada Ahad berikutnya. Kepulangan saya untuk melawat arwah yang pada masa itu dirawat di hospital segamat. katanya diserang paru2 berair tiba2. Disitulah juga bapa saya bertemu dengan en. Nasir, bapa kepada arwah. 

Rupa-rupanya bapa saya dan bapa ahmad Rifae ialah rakan satu sekolah ketika kecil-kecil dahulu. Dan rupa-rupanya persahabatan mereka berkekalan hingga anak mereka sendiri bersahabat baik. 

Itulah kali terakhir saya berjumpa arwah. Dan pagi tadi semasa subuh saya mendapat mesej yang mengatakan  bahawa ahmad Rifae sudah pulang ke rahmatullah pada jumaat semalamnya. 

Kenangan yang tidak dapat dilupakan.
saya ialah junior arwah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Segamat. Boleh dikatakan arwah ialah mentor saya. Arwah ketika di tingkatan lima ialah seorang Exco Surau. Pada tahun berikutnya saya pula mengambil alih jawatan tersebut di sekolah. 

Banyak tunjuk ajar beliau kepada saya yang mana saya selalu membandingkan hasil kerja saya dengan hasil kerja arwah. Ternyata kerja2 saya masih tidak setanding dan sebagus dgn hasil kerjanya. Terutamanya dalam bab membersihkan tikar surau dan pengawalan terhadap adik2 junior. Dalam hal ini bagi saya beliau tidak boleh dikalahkan oleh saya. 

Disamping itu, saya masih teringat arwah pernah memberi saya ubat batuk cap kelapa laut yang pada masa itu saya di tingkatan dua-jika tidak silap. Ketika itu saya diserang batuk. Yang saya hairan dia melayan saya seolah-olah saya sudah kenal lama dengannya. Padahal pada masa itu kami belum lagi berkenalan rapat. Inilah yang dikatakan ukhuwah terhadap saudara. Ada rasa persaudaraan yang kuat walau tidak begitu mengenali.

Kenangan tarbiah oleh beliau.
Bagi memastikan saya bersedia untuk ambil alih jawatan tersebut, arwah mengajak saya pergi menuntut ilmu di Pondok Baitul Qurra di bumi Melaka. Pada cuti panjang akhir 2008 sebelum ke tingkatan lima 2009, saya dan arwah pergi ke melaka dengan menaiki bas hingga ke jasin. Di Jasin kami bermalam di rumah senior kami iaitu Saudara Farid Ibrahim.Keesokan harinya kami menaiki motosikal dibawa oleh saudara Sharkawi(senior) dan Farid Ibrahim. 

Di situ arwah kata elok untuk menuntut ilmu kerana ada guru yang bagus serta suasana baik atau biah solehah yang elok.

Arwah memang penyabar kadangkala pelawak. Saat -saat sakitnya juga dia masih mampu melawak dan tersenyum gembira. Sukar saya mendapat sahabat seperti beliau. 

Moga rohnya dicucuri rahmat Allah s.w.t.

Al-fatihah. 








1 comment:

Anonymous said...

=]