Penerima Surat

Tuesday, June 21, 2011

Zaman Muda Remaja

Assalamualaikum

Zaman remaja bagi saya adalah zaman yang paling mencabar. Sepatutnya bagi saya zaman kanak-kanak lagi kita perlu bersedia menghadapai zaman remaja dengan ilmu-ilmu agama yang mantap. Tapi ambil contoh saya sendiri, belajar pun main-main. Jadinya kini, banyak ilmu yang tidak dipraktikkan sebaiknya hingga lusuh.

Zaman remajalah kita dengan begitu mudah terdedah kepada sesuatu yang baru. Sama ada baik atau buruk. Remaja mempunyai sifat ingin tahu yang mendalam disamping tubuh fizikalnya yang membantu untuk menjayakan sikap ingin tahunya. 

Masa kanak-kanak mungkin perasaan ingin tahu terhalang oleh keterbatasan fizikal. Sebagai contoh merempit. Remaja sudah lebih upaya fizikalnya untuk menunggang motosikal dengan gaya tunggang langgang, wheelie dan sebagainya. 

Satu yang saya perasan zaman kini remaja perempuan dilihat lebih menonjol berbanding remaja lelaki. Sebagai contoh, pendebat-pendebat, pembahas, dan pemidato banyak didominasi remaja perempuan yang berjaya menjadi pemenang dan juara. Malah bukan juara sekolah lagi bahkan juara kebangsaan dan juga antarabangsa.

Hmm....tetapi remaja lelaki pula tidak banyak dilihat dalam kegiatan  sebegitu. Macam sayalah. Saya tak pandai pidato-pidato, debat-debat ni...Bukan saya jenis yang tidak yakin, rendah diri tak bertempat orangnya, tetapi memang saya tidak sesuai dengan hal-hal tersebut. It's not my business. And I'm not good enough in communication skills. Saya pernah memasuki pertandingan-pertandingan syarahan, pidato di sekolah tetapi keputusannya mengecewakan, hampeh! dan saya rasa bakat saya bukan dalam bidang tersebut. Sampai sekarang saya ada perasaan malu dengan guru yang menjadi juri pada pertandingan syarahan tersebut. Hehe....Biasalah saya cukup nervous orangnya..

Biasalah remaja semua ingin cuba. Jadi saya berubah pada bidang penulisan pula. Saya took participate dalam pertandingan menulis karya kreatif, dan alhamdulillah hasilnya tidak begitu mengecewakan. Bahkan mampu memberi inspirasi dan semangat kepada saya. Dan saya berblog ini pun adalah untuk mengasah bakat saya dalam bidang penulisan. Disamping menggunakan penulisan bahasa melayu yang formal dan menafikan tulisan gaya sms remaja.....

Remaja perempuan juga mendominasi kerusi-kerusi dewan kuliah di IPTA/ IPTS...Maksudnya lebih ramai perempuan yang berjaya ke menara gading berbanding lelaki. Kenapa jadi macam ni? Adakah remaja Melayu lelaki jenis yang rendah diri? Atau bijak tapi tak bertempat? Bijak tapi malas?

Apapun saya bukan jenis yang suka membuat spekulasi. Saya sebenarnya lebih suka menguruskan data dan fakta daripada terus bermain dengan spekulasi yang belum tahu terjadi dan kebenarannya.

Walaupun saya mendapat kursus yang bukan minat saya, tetapi saya suka explore dan merentas sesuatu yang orang lain tidak laluinya. Misalnya writing short stories. ni Saya yakin walaupun banyak yang saya mahukan tidak tercapai, tetapi saya tetap diam dalam satu prinsip iaitu  mengatur strategi. Saya suka strategi peperangan dan bola sepak. Lari dari tajuk sikit. 

Jadi selepas ni saya akan habiskan apa yang dihadapan saya, sebelum menyambung cita-cita yang masih tidak kesampaian. Writing and writing. And it's my world.


No comments: