Penerima Surat

Thursday, July 21, 2011

Terima Kasih Cikgu

Assalamualaikum

Jasa guru bolehlah kita umpamakan ibarat orang yang membina tangga. Kita yang mendaki tangga itu perlu berterima kasih kepada si pembuatnya. Oleh itu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang mengajar saya. Di mana-mana. Terumanya guru yang selalu baik dengan saya dan tidak jemu memberi motivasi iaitu ibu bapa saya. Merekalah guru yang terhebat pernah saya jumpa.

Guru bukanlah mereka yang berada di sekolah sahaja, tetapi sesiapa yang mengajar kita ilmu, maka mereka juga guru kita. Guru-guru di Tadika Kemas Felda Redong, SK LKTP Redong, ustaz-ustazah SMKA Segamat, dan pensyarah-pensyarah di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya(PASUM). Kalian juga guru yang sukar pudar di ingatan ini.

Tujuan saya memasukkan entri ini adalah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru. Tanpa jasa kalian maka sukar saya percaya, saya akan mampu ke menara gading. Syukur, penulis kini mendapat tempat di Universiti Malaya dalam program Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan. Doakan saya berjaya .Dunia dan Akhirat.

Menara gading

1 comment:

Anonymous said...

agree with you.