Penerima Surat

Wednesday, February 23, 2011

Kisah Hidup Golden Voice Man

Assalamualaikum.

Pernahkah anda mendengar ulasan juruhebah di radio? Terutamanya suara juruhebah lelaki. Yang pasti mestilah suara mereka garau.

Namun tak lagi menjadi trend pada zaman kini. Suara jantan macam Suhaimi Meor Hassan bukan lagi keutamaan sebagai seorang deejay. Contohnya, walaupun Faizal Ismail seorang yang botak tapi dia tetap popular kerana ke'botak'kannya....Ceh, tak de lah....

Tapi suara klasik macam Deejay radio dulu-dulu dah jarang-jarang kita dengar. 

Jadi kali ni saya bawakan satu video yang di 'pinjam ' dari youtube tentang lelaki bersuara emas. Mungkin dia ada gigi atau gusi emas agaknya..Ataupun dia dah berusia emas. Atau dia kaya , banyak emas. Tetapi semua anggapan tersebut lari sedikit dari kenyataannya.

Lelaki ni dah tua(emas gak lah). Dia homeless seperti orang-orang miskin di Amerika. Tetapi dia dikurniakan suara yang serupa macam deejay radio yang pro! Walaupun dah ramai yang tahu dan tengok video ni, tapi kita boleh jadikan iktibar. Jadikan pedoman bagaimana sejarah hidup Pak Cik Ted William ni...



Daripada seorang homeless kepada seorang yang sudah bekerjaya dan berpendapatan walaupun umur dah masuk senja.

 Colonel Harland Sanders buat KFC, umur dia masa mencipta resepi yang sedap tu sudah mencecah 60 lebih. Akibatnya KFC boleh laku di seantero dunia. Jadi tiada istilah lambat dalam mengejar cita-cita.


Cakap-cakap: Radio voice bagus jadi komentator bola sepak. Macam mana? Ok tak? Orang pon lebih syok dengar komen dari tengok bola. Whatever pun, gud luck Golden Voice Man..!


Sekian , Wassalam.

No comments: