Penerima Surat

Saturday, February 26, 2011

Kualiti bagi "uewww, pewww,nyeww dan awww"

Asslamualiakum. Andakah anda sihat?

Saya alhamdulillah sihat afiat. Sebelum itu saya di sini ingin mohon doa yang baik-baik dari saudara semua. Janganlah kata-kata kurang enak yang kita lontarkan dirakam Allah s.w.t sebagai satu doa yang kemudiannya memudharatkan diri sendiri.

Jadi hari ini saya membawakan satu video. Dari youtube je. Cuma saya kemukakan video ini sebagai menambah kesedaran kita. Kesedaran untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.

Kenal Lee Kuan YEW( mesti yang tak suka tulisan 'nyew, jew, pew' marah) (sebab saya tulis YEW) jangan marah. 

Lee Kuan Yew kini Menteri Mentor Singapura. Yalah, dia dah tua. Saya bukan nak bangkitkan sensitiviti masyarakat tetapi ingin kongsi sesuatu yang berguna.


Anda dah tonton video ni? Jadi bagaimana persepsi anda? 

Pastinya Mr. Lee ketawakan negara-negara jiran yang ketinggalan kebelakang. Walau apapun saya tetap bersyukur dilahirkan dibumi bertuah Malaysia. 

Saya ingin gariskan di sini  tentang KUALITI. Tujuan saya hadirkan video ini pun untuk KUALITI. 

Iyalah, kualiti kan penting. Kalau nak jual pisang goreng gunalah minyak masak yang berkualiti barulah sedap. Jangan bubuh minyak masak ayam tadi. Tulah minyak goreng ikan , tulah minyak goreng ketam , udang , sotong. 

Tapi kalau jual pisang dapat sotong goreng takpa. Buy 1 free forever. haha...

KUALITI
Lihat bagaimana negara jiran kita tu cari Kualiti. Nampak macam dia nak orang yang berkualiti je kan yang kerja kat negara mereka.

Tulah, mereka ada cara tersendiri. Tetapi bagaimana pula kita? 
Bagi mereka kemajuan hanya fizikal. 

Ya. Kita umat Islam ada jasmani dan rohani. Jadi saya timbulkan balik istilah PROTAZ. ...Professional Ustaz..

Kita perlu kualitikan diri kita dengan ciri ciri protaz. Seimbang dunia dan akhirat. Kalau campak kat hospital seorang doktor Protaz mampu memberi tazkirah kepada patientnya. Kalau dicampak ke mana-mana seorang daie Protaz mampu menjelaskan tentang ekonomi Islam, riba, fiqh perubatan, dan membincangkan perkara terperinci seperti Faraid, Falak dan siasah. Bukankah Islam itu syumul. 

Tetapi rakan-rakan jangan kita pisahkan pula agama hanya di surau. Di tempat kerja kita lupa habis tuntutan agama. 

Islam itu syumul. Sertakanlah kerja kita dengan niat kerana Allah dan patuh menjalankan kerja mengikut Islam. Jika diizin Allah kerja kita akan menjadi satu amal ibadah.



Cakap-cakap: "Saya selalu doa supaya saya dan antum menjadi mukmin yang berkualiti". Cakap-cakap macam tu boleh. Biar yang baik jadi doa. 

Sekian, Wassalam.




1 comment:

Anonymous said...

=]