Penerima Surat

Monday, February 28, 2011

Kesan Ekonomi Demonstrasi

Assalamulaikum.

Baru-baru ini kita dikejutkan lagi dengan pemberontakan rakyat di Libya. Sebelum ini perkara yang sama berlaku di Tunisia dan Mesir. Tujuan sebenar mereka berdemonstrasi dan memberontak ialah untuk menumbangkan pemimpin yang korupsi dan zalim.

Sehubungan itu kesan kecelaruan yang berlaku di Timur Tengah ini secara tidak langsungnya telah mengakibatkan harga minyak mentah dunia meningkat secara mendadak. Hal ini kerana kebanyakan negara-negara pengeluar minyak mentah adalah negara-negara Timur Tengah.

Sudah tentu dalam kekacauan sebegitu syarikat perlombongan minyak tidak dapat beroperasi dengan baik ataupun terpaksa menutup operasinya sementara.

Berikut ialah carta terbaru harga minyak mentah dunia:-




Harga minyak mentah menunjukkan peningkatan yang mendadak dalam tempoh empat bulan . Seperti yang kita tahu harga minyak akan mempengaruhi sebahagian besar harga barang dan perkhidmatan.

Dua perkara yang akan berlaku jika harga minyak mentah meningkat seperti tahun 2008-2009 ialah inflasi dan kegawatan ekonomi.

Inflasi secara asasnya ialah kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Kita mengukur inflasi dari skop CPI (consumer price index) -indeks harga pengguna- yang diambil dari senarai barangan dan khidmat pengguna di bandar.

Seperti yang saya katakan tadi. Harga barang dan perkhidmatan dipengaruhi harga minyak. Hal ini kerana minyak adalah sumber utama sesuatu pengeluaran produk. Dan menjadi satu perkara asas.

Kegawatan ekonomi dialami apabila KDNK(keluaran dalam negara kasar) dibawah tahap potensi sebenarnya. Katakan KDNK kita tahun ini 500 billion dollar. Tetapi oleh kerana inflasi dan peningkatan harga minyak KDNK kita jatuh pada tahap 400 billion dollar. Kos pembuatan meningkat kita terpaksa kurangkan perbelanjaan. Kemudian kadar KDNK perkapita akan menurun.

Perkara-perkara yang berlaku semasa inflasi dan kegawatan ekonomi.

1. Kerajaan memainkan peranan yang penting untuk mengimbangi situasi ini. Antaranya kerajaan akan meningkatkan pelaburan. Pelaburan seperti perumahan, pendidikan, perniagaan dan sebagainya. Kita dapat lihat masih ada projek projek berjalan walau ekonomi lembap. Hal ini kerana  kerajaan tidak mahu pengangguran meningkat dengan mendadak akibat kegawatan.

Pengangguran mengakibatkan ekonomi bergerak lembab. Jadi dengan pelaburan pelbagai peluang pekerjaan wujud sama ada sektor swasta atau sektor kerajaan sendiri.

2. Kerajaan juga akan meningkatkan cukai. Kerana cukai adalah pendapatan utama kerajaan. Pelaburan yang dibuat kerajaan memerlukan perbelanjaan. Jadi sebagai jalan penyelesaian kerajaan terpaksa meningkatkan cukai untuk tujuan pelaburan bagi memulihkan ekonomi. Kerajaan juga mendapatkan sumber kewangan dari bank-bank. 


Apabila gawat kajian menunjukkan orang ramai akan meningkatkan simpanan di dalam bank. Kerana orang awam menyangka jika mereka memegang duit tunai terlalu banyak waktu ekonomi meleset, maka lebih banyaklah mereka rugi atau boros.

Orang awam juga sedar mereka perlu menyimpan untuk menghadapi sebarang kemungkinan dimasa hadapan. Juga kadar pulangan (dividen) akan meningkat apabila ekonomi pulih nanti.

3. Pengangguran. Lambakan graduan menganggur.
                

                   Orang awam akan menghadapi kesan kemelesetan ekonomi ini. Jadi kerajaan akan cuba mengatasi masalah ini sebagai contoh mengatasi masalah pengangguran dengan mewujudkan banyak peluang pekerjaan yang dicipta.
                


Cakap-cakap: Saya letak tajuk Kesan Ekonomi Demonstrasi kerana ekonomi masa kini bergantung pada demonstrasi. Libya, Mesir dan Tunisia demonstrasi, ekonomi pun sama-sama demonstrasi (gawat).

Sekian sahaja perkongsian saya hari ini. Wassalam.


No comments: