Penerima Surat

Tuesday, March 1, 2011

Kereta Lembu-Satu Inovasi Bijak.

Assalamualaikum.


Pagi ini saya tertarik dengan satu isu mengenai kerugian yang dialami Proton Holding Bhd. Maka saya pun membaca satu artikel mengenai isu tersebut dalam akhbar the star secara online. (klik di sini)

Salah satu punca yang saya tahu, yang menyebabkan kerugian proton ialah kerugian yang dialami Lotus Internatinal Group Ltd. syarikat automobil milik Proton. Banyak yang mengatakan kerugian disebabkan Lotus terlibat dalam perlumbaan Formula 1. Kos penjenamaan dan pemasaran Lotus meningkat daripada 15 juta kepada 20 juta setahun.

Seperti kata penasihat Proton, Tun Dr. Mahathir, Proton masih mencatat keuntungan tetapi kerugian yang dialami Lotus telah mengakibatkan Proton terpaksa menanggung bebanan tersebut.

Saya terus kepada topik perbincangan, Pengarah Pemasaran Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir ada mengatakan, jenama Proton Inspira mendapat banyak permintaan daripada pelanggan. 

Jualan Inspira juga mencatat keuntungan. Hal ini kerana Proton dapat mengurangkan kos R&D lantaran model itu merupakan kolaborasi antara Proton dan Mitsubishi. 

Beliau juga memberitahu kos penciptaan sesebuah model baharu dari awal hingga akhir menelan belanja RM 700 juta!!

Tetapi usaha sama dengan  syarikat lain, kos itu dapat dikurang hingga 50 peratus.

Di samping itu, Proton juga dapat dijual dengan harga yang lebih murah bermula dari RM78,999. RM 40 000 lebih murah berbanding Mitsubishi Lancer GT . Mungkin sebab itu Proton mendapat keuntungan dari penjualan model Inspira.

Penyelesaian kepada kerugian yang dialami Proton.

1. Mewujudkan kolaborasi yang lebih berkesan. 
Kita sudah tahu usaha sama dengan syarikat lain dapat memberi pulangan yang menguntungkan. Jadi jika usaha sama ini dapat di perhebatkan maka Proton dapat kembali pulih. Salah satu punca yang menyebabkan proton rugi patut diberi perhatian. Iaitu Lotus. Sepatutnya pemilikan Lotus oleh Proton dapat meningkatkan keuntungan. 

Proton perlu memperincikan lagi usaha sama dengan Lotus. Kenal pasti kekuatan Lotus untuk dikormesialkan.

Kekuatan dan kelebihan yang ada inilah yang menjamin permintaan sesuatu produk. Contohnya, Lotus terkenal dan diminati kerana reka bentuk yang dinamik, sporty, kecil dan ringan. Ciri-ciri ini sukar dicari pada model proton. Manakala, kekuatan Proton ialah pada harga yang murah, jimat minyak dan mudah di selenggara. 

Jika kekuatan ini dimonopoli maka sesuatu model itu tetap di hati pelanggan.

2.Mewujudkan inovasi.
Kita sudah tahu kos penciptaan model baharu temasuk R&D sangat tinggi dan makan masa yang lama. Jadi dengan inovasi masa dan kos dapat dikurangkan . Langkah yang diambil Proton dengan mewujudkan Special Edition pada model-model lamanya sangat berkesan. Ini merupakan satu hasil inovasi. 

Selain itu, Proton juga boleh mengeluarkan model yang menawarkan banyak pilihan. Seperti pilihan cat kereta. Lebih banyak warna cat yang ditawarkan, lebih ramai yang tertarik untuk membeli sesuatu kereta itu.

Pembeli terdiri dari pelbagai cita rasa. Jadi apabila proton menawarkan pilihan yang menarik, orang ramai akan tertarik kerana mereka dapat melupakan kos mengecat kereta semula. 

3. Mewujudkan barangan komplimen dan suplimen.
Barangan yang mempunyai komplimen akan melipatkali gandakan keuntungan. Contohnya, komputer dan operating sistem. 
Manakala , barangan suplimen dapat mengatasi masalah kerugian yang teruk. Contohnya, apabila harga kereta A meningkat, harga kereta B tetap, ,maka orang akan membeli kereta B.

Proton Lekir-contoh kolaborasi.

Cakap-cakap: Berangan-angan nak jadi usahawan. Kereta lembu tak ada jenama, cuma nama. Ada sesiapa (usahawan) mempunyai inovasi untuk komersialkan kereta ni?

Sekian, Wassalam

No comments: