CINTA YANG LEBIH PENTING DARI VALENTINE.
Assalamualaikum. Apa khabar semua? Harapnya semua sihat.
Saya pernah di ‘tag’ valentine chocolate di laman web sosial Facebook. Saya yakin ramai diantara sidang pembaca yang melalui pengalaman serupa. Saya tidak tahu apakah tujuan sebenar yang berani men ‘tag’kan nama saya di situ. Bagi saya yang belum pernah bercinta apatah lagi ber ‘couple’ mestilah berasa janggal.
Namun sebagai remaja Islam yang sederhana, saya bertindak secara langsung dengan me ‘remove’kan nama saya daripada senarai nama coklat Valentine tersebut. Itu adalah tindakan yang saya rasa tepat sebagai langkah memboikot sambutan hari Valentine.
Khutbah jumaat yang lepas pun berkisar Hari Valentine yang mana ramai perainya adalah anak-anak muda. Walaupun hakikatnya sambutan Valentine itu sudah berlarut sejak zaman dahulu lagi.
Asal usul sebenar sambutan Valentine pun kita tidak ketahui dan samar-samar sejarahnya. Masakan perlu kita mengikut sambutan tersebut? Bukankah yang ragu-ragu itu datang dari Syaitan.
Saya tahu remaja sekarang telah menjadikan trend untuk berpasangan. Jika kita tidak mempunyai pasangan kita akan berasa segan kerana tidak laku dan sebagainya. Dan menganggap Valentine ialah kemuncaknya. Saya akui menjadi fitrah setiap insan itu dikurniakan Allah s.w.t dengan perasaan cinta dalam diri.
Jadi setelah kita ber ‘couple’ dengan boyfriend atau girlfriend adakah sudah sempurna cinta kita? Adakah sudah cukup bahagia cinta kita ? Jawablah dengan hati yang jujur dan ikhlas.
Saya percaya kita masih perlukan sesuatu yang amat penting. Ia adalah teras cinta. Cinta yang paling besar. Kemudian apabila hidayah datang kita ketahui ia adalah CINTA KEPADA ALLAH dan CINTA KEPADA RASULULLAH S.A.W. Bagaimana pula cinta kita kepada Ibu, ayah , keluarga dan saudara Islam yang lain? Palestin, Iraq, Afghanistan, apa khabar kamu semua?
Sedikit pesan : Bagaimana pula cinta kita kepada ilmu? Cinta ilmu, ilmu akan jaga kita. Cinta manusia sementara saja.
Sekian, terima kasih. Wassalam.
Being Frank: Valentine's status — It's complicated
Malay Mail - 2 hours ago
MY abhorrence for Valentine's Day is revved up every year by so-called guardians of morality who turn on the tap of chaos and smash the young to smithereens.
Of sin, Siti and small-minded men without sagacity Aliran Monthly
Not nice to put another religion down Free Malaysia Today
No comments:
Post a Comment