Penerima Surat

Saturday, March 19, 2011

Adakah Judi Meningkatkan Ekonomi Negara?

Assalamualaikum.



Saya dilahirkan sebagai orang kampung yang serba sederhana setelah ibu bapa saya melalui kesusahan suatu masa dahulu. Sehinggakan pernah suatu masa dahulu kami tiada wang langsung di hari raya, begitu yang emak saya ceritakan. Saya tidak pernah menangis diwaktu emak saya ceritakan kesusahan yang pernah kami lalui. Tetapi saya menangis di waktu seorang diri. Saya malu mengais didepan emak yang saya sifatkan wanita paling tabah pernah saya jumpa. Di saat ini saya terasa ingin melepaskan air yang bertakung di pelupuk mata, bila terkenang pengorbanan emak. Saya akui saya berasal dari orang susah. Yang pernah hidup ala kadar dengan pendapatan abah yang tak seberapa. Namun, abah tak sesekali bertolak ansur dengan pendapatan yang haram seperti beli nombor ekor, judi, skim cepat kaya (tipu orang lama-lama diri tertipu) dan sebagainya. 

Abah sanggup kerja dua, tiga pekerjaan sekali gus untuk mendapat rezeki yang halal lagi baik untuk menyara kami sekeluarga. Hasilnya, setelah bergelumang dengan kesusahan sekian lama, kini abah boleh menarik nafas lega. Enam orang dari tujuh anaknya berjaya masuk ke universiti dan berjaya dalam pelajaran(hehe...termasuk saya tapi belum confirm lagi). Abah bersyukur kerana berjaya mendidik anak-anaknya menjadi orang terpelajar dan menjadi orang yang berguna. 

Abah kata, dengan pelajaran yang tinggi kita orang Islam tak akan sesekali terjerat dengan masalah judi seperti nombor ekor. Yelah, orang yang berpelajaran, bekerjaya lalu berpendapatan stabil takkan nak bersusah-susah beli nombor ekor tak...kalau beli jugak memang kaki tamak tu namanya. Jangan tamak, orang tamak bertambah lemaknya. Lemak yang tak halal.

Ooo...jadi rupanya misi dan visi dalam hidup abah ialah menyekolahkan kami semua supaya kami tidak termasuk dalam kancah judi. Wow, it's wonderful ambition! Lihat, satu orang melayu berfikiran sebegitu. Maka tujuh orang melayu di bawahnya juga berfikiran sebegitu( menjauhi judi).

Tetapi hakikatnya orang melayu masih ada lagi yang melanggan nombor ekor, buktinya filem ngangkung. Tak kira yang kaya, yang miskin sama-sama beli 4D lah, magnum lah. Dahlah berjudi, mintak nagn bomoh lak tu. Syirik semua tu. Ni semua pasal pendidikan dan minda yang masih di takuk lama. Cuba jadi seperti abah saya. (hehe...jangan marah) satu orang melayu berfikir maju kedepan...orang melayu dibawahnya juga lebih kehadapan. Maknanya, jadilah ketua keluarga yang patuh ajaran agama. Baru betul rumah tangga.

Ekonomi.
Memasuki program pra universiti saya didedahkan dengan ekonomi. Apa itu KDNK, mikro ekonomi, makro ekonomi, inflasi dan sebagainya. Akhirnya saya dapat mengetahui bagaimana kerajaan mendapat pendapatan, menambah KDNK dan bagaimana polisi kerajaan mampu mengawal kewangan negara. 

Saya bukan mahu masuk topik hangat sekarang(judi). Namun saya ingin dedahkan adakah judi(loteri dsb) mampu meningkatkan pendapatan negara, meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK)? haha.... Jawapannya, sama sekali tidak. Ini, adalah jawapan saya. Ada negeri yang dah haramkan loteri. Persoalan sumbangan judi menjadi topik utama. Jadi saya akan terangkan 5 perkara yang ditingkatkan oleh judi kepada negara:-

1. Judi meningkatkan kadar pengangguran. 
2. Judi meningkatkan kadar inflasi.
3. Judi meningkatkan ekonomi black market. 
4. Judi meningkatkan cerai berai
5. Judi meningkatkan maksiat.

1. Judi meningkatkan kadar pengangguran. 

Jika 10 orang beli nombor ekor satu-satu masa, adakah semuanya kena. Haha, bergantung nasib je lah...peratusan nak menang hanya 0.000001%...yelah kalau yang nak beli beribu-ribu orang satu hari...yang menang sorang je sehari. Jadi bagi menumpukan sepenuh perhatian pada nombor, seseorang pekerja itu akan hilang produktivitinya -lambat pergi kerja, ponteng kerja, sebab ada pendapatan lain dan kemudian dipecat majikan. Kene pecat lain dari mintak resigned sendiri. Kalau kena fired memang tak ada benifits langsung kepada negara. 

2. Judi meningkatkan kadar inflasi

Bila bercakap soal inflasi ialah mengenai kenaikan harga barang. Apatah lagi kini harga minyak kenderaan meningkat. Bila harga crude oil meningkat maka berlakulah stagflation. Iaitu keadaan di mana inflasi dan resesi/ kegawatan ekonomi berlaku sekali gus. Apa kaitannya dengan judi?

Kalau ekonomi meleset pengangguran bertambah, maka infalasi pon meningkat kerana harga minyak meningkat. Dah lah ekonomi meleset, pastu menganggur pulak sebab kene pecat. 

3. Judi meningkatkan ekonomi black market. 

Saya katakan begini kerana kebanyakan kedai mesin slot judi beroperasi secara haram. Memang haram pon sebenarnya. Jadi segala perbuatan trade yang menyalahi undang2 dikategori sebagai black market. 
Negara kita saya rasa tak kira / tak main black market ni. Black market tak termasuk dalam perkiraan KDNK! Jadi judi tak menyumbang pada negara, cuma sumbang kehancuran.

4. Judi meningkatkan cerai berai

Lihat cerita ngangkung, habis rumah hampir-hampir musnah. Yelah kalau agama di belakangkan maka pelbagai perkara tak menjadi. 

Kaitannya dengan ekonomi ialah soal modal insan. Bolehkah rumah tangga yang cerai berai melahirkan insan(anak) yang berbudi pekerti dan berwawasan? Rata-ratanya tidak. Jadi kalau gagal didik anak jadi orang maka bagaimana negara nak dapat tenaga pekerja yang bagus-bagus. Kemudian tak ada pekerja yang bagus menyebabkan ekonomi negara sukar berkembang. Yelah, macam mana nak berkembang kalau sikit-sikit nak rasuah. Ketua apa cam tu.

5. Judi meningkatkan maksiat.(memang judi tu sendiri adalah maksiat)

Islam jelas menggariskan arak dan judi adalah haram. Buat sikit-sikit pun tak boleh. 
Namun hakikatnya negara kita ada kasino. Kasino tu markas judi yang terbesar. Kalau tempat cam tu mesti arak jadi hidangan punya. Cuba tanya apa jenis arak, semua ada. 

Apabila ada arak, ada pula perempuan. Maka inikah yang dikatakan mampu meningkatkan ekonomi negara kalau pekerja kita sendiri melakukan perkara ini. Malam judi sok siang gerenti takl kerja. Kalau hari minggu dia patut kat pasar( kalau seorang peniaga la), oleh kerana berjudi sakan malam tu  maka sepanjang hari tido je. Da kurang KDNK negara. Memang tempat macam itu dilarang sama sekali orang Melayu masuk. Tapi hakikatnya.....sendiri carilah jawapannya...

Bayangkan duit judi tu kita beri anak bini makan. Lalu anak tak jadi orang sebab tak berkat. Anak tak kerja, penagih dadah, masuk penjara. Bukankah merugikan negara macam tu? Macam mana ekonomi negara nak meningkat? Ialah sepatutnya anak tu jadi pemimpin negara kalau OK  tapi situasi sebaliknya adalah KO, masuk penjara lah jawabnya. 





 Pikir-pikirkanlah....


Sekian, terima kasih.


No comments: