Penerima Surat
Friday, March 18, 2011
Berapakah Nilai Sebuah Bumi?
Kita mendiami bumi semenjak di lahirkan di dunia. Semenjak lahir hingga mati kita di sini. Dengan ketentuanNya. Baru -baru ini kita di kejutkan dengan seorang saintis yang mencipta satu formula untuk menilai harga bumi. Tahukah anda berapa nilainya?
Saintis itu hanya menilai bumi berharga USD 3 trillion dollar( lebih kurang RM 14 trillion). Sungguh tak masuk akal. Jika hendak dibandingkan Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK) Amerika Syarikat sendiri lebih USD 14 trillion dollar. Lihat di sini
Persoalan.
Namun persoalannya, adakah bumi yang kita tinggal ini sungguh mudah dikira berapa harganya? Mungkinkah orang yang mempunyai kekayaan bertrillion-trillion dolar boleh membeli bumi seterusnya menjadi diktator yang memerintah bumi? Atau Amerika sendiri ialah 'orang' tersebut?
Jawapan tersebut sangat sukar dijawab. Kerana sebelum ini pun kita tidak terfikir berapa harga sebuah BUMI. Jika kita guna kaedah matematik sekalipun belum tentu sempurna menentukan berapa nilai bumi. Mungkin boleh kira beratnya( agaknya?)
Disebalik Tabir.
Bumi adalah anugerah Allah. Inilah dunia kita. Tempat tinggal sementara kita sebelum meneruskan perjalanan. Harta dan wang ringgit bukanlah ukuran yang sebenar.
Dunia akan ditinggalkan maka akhiratlah destinasi kita. Kekayaan yang kita kumpul akan habis ditelan bumi kembali. Maka amalanlah yang menjadi bekal. Dalam menentu nilai hidup bukan dari segi kewangan sahaja, nilai kerohanian yang menjamin kebahagiaan patut diberi lebih tumpuan.
Tetapi janganlah kita membezakan orang disekeliling kita dengan baik atau jahat lalu memperlekeh mereka. Sedangkan mungkin mereka lebih baik dari kita, lebih alim dari kita.
Ada sahabat saya yang melakukan kerja-kerja dakwah diperlekeh. Diejek. Memang orang yang memperlekeh itu lebih cemerlang dalam pelajaran dari sahabat saya. Namun adakah ukuran fizikal sahaja yang membuat kita membeza-bezakan orang lalu tidak mahu mendengar cakap orang yang LEBIH RENDAH TARAFNYA dari kita?
Maka fikir-fikirkanlah kembali. Bersama-sama kita nasihat menasihati. Bukankah agama itu nasihat?
Mungkin inilah beza ukuran dunia dengan ukuran iman.
Sekian, terima kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment